senyum sikit !!

TRY

Tuesday, July 10, 2012

Iktibar Daripada Sebatang Pensel


Pensel bukan calang-calang pensel .... pensel pun ada keistimewaannya yg kita sendiri tidak sedar atau pun sedar....jom kita hayati sama-sama ... :)

PERTAMA
pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat saesuatu yg hebat dalam hidup ini.
Jangan lupa , ibarat pensel ada tangan yang memegangnya. 
Maka ingatlah adanya kuasa yg membimbing langkah hidupmu iaitu Allah S.W.T.
Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya

KEDUA
Kita menulis, kerap menjadi tumpul.
Kita terpaksa berhenti untuk mengasahnya.
pensel ini pasti menderita ketika diraut. 
Tetapi hasilnya ia menjadi tajam da bagus tulisanya.
begitu juga akan berlaku dalam hidup kita.
Kita mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk diri kita menjadi lebih baik.

KETIGA
Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yg salah.
Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula.
begitu juga diri kita sentiasalah memperbaiki keslahan dalam hidup.
Ia bukanlah sesuatu yg hina kerana perbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yg benar.

KEEMPAT
Tahukah anda yg mana lebih penting luar atau isi pensel ini ?
Jawapnnya ialah arang atau karbon di dalamnya.
Oleh sebab itu, berhati-hatilahdengan apa yg tidak baikdalam diri kamu itu dan hindarilah.

KELIMA
Pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan.
Begitu juga kita, apa sahaja yg kita buat pasti akan meninggalkan kesannya pada
diri atau pada org lain... jadi kita haruslah selalu berhatu-hati dan bijak dalam bertindak..

ok dah abis baca ???? sekarang pon dah tau kelebihan pensel.... saya dapat ilmu .. yg membaca pon dapat ilmu .... :)

No comments:

Post a Comment

::Jutaan terima kasih ::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...