senyum sikit !!

TRY

Friday, August 3, 2012

Jom berbuka Roti Jala ...

makan makan dan makan .... haaa !!! sape makan roti jala ?? ehem2 sape yg tak makan tu , memang rugi lahhh... keenakan nya jelas terasa apabila dimakan bersama kari ayam atau kari daging ... macam dalam gambar niii..

jom tengok macamana cara nak buat roti jala nii ?? alaa kacang jeeee jom ikot step nii

bahan-nahan untuk membuat roti:
1. tepung gandum
2. telur ayam
3. garam
4. Kunyit Serbuk
5. Air

cara-cara:
1. masuk kan tepung gandum mengikut banyak mana yang korang suka ke dalam belender . klo rajin nak uli , korang boleh uli. tapi bagi sape2 yg malas macam aku gune belender je.
selepas itu masuk kan telur ayam 1 biji, kunyit ikut suka korang nak kuning macamana. air pon mengikut sukatan tepung yg korang letak tadi.
 JANGAN CAIR SANGAT DAN JANGAN PEKAT SANGAT
dan garam secukup rasa ...

2. haaa korang mestilah kene ade bende ni , klo tak de buat lempeng lah jawapnye ... hehehehe..
bila dah ade bende tu , boleh lah kita beroperasi membuat roti jala ni.


haaa ... tengok Perdana Menteri kita jala roti jala .. wahh bukan main hebat lagi kan


ikut cara sebijik macam PM kita buat baru lah jadi roti jala kita macam ni .. ade yang memanjang dan 3 segi...

cara memasak kari ayam :

1 ekor ayam (dipotong 12 atau 16 bergantung kepada size atau berat ayam)
3-4 sudu makan serbuk kari daging (aku selalu pakai brand BABA's)
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 - 2 inci kulit kayu manis
1 inci halia (dihiris halus)
3-4 ulas bawang merah
2 ulas bawang puteh
2 biji ubi kentang
1 cawan santan pekat
3 cawan air atau lebih (ikut kepekatan yang disukai)
garam secukup rasa
Minyak masak

Cara Memasak
1. Ayam di basuh dengan tepung untuk menghilangkan bau hanyir.
2. Kupas bawang merah dan bawang putih
3. Potong nipis2 untuk menumis.
4. Halia juga dihiris nipis2
5. Panaskan minyak di dalam periuk
6. Tumiskan bawang, halia, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga. Kalau daun kari ada tumiskan sekali daun kari tu.
7. Bila dah bawang dah nampak garing dan naik bau.
8. Masukkan serbuk rempah kari ke dalam minyak. Kecilkan api, supaya serbuk kari tak hangit. kacau dan masukkan sedikit air (dalam setengah cawan)
9. Masukkan ubi kentang yang telah di kupas dan di potong empat atau enam (ikut saiz ubi)
10. Masukkan ayam ke dalam rempah tadi. Kacau supaya rempah jangan kering dan hangit. Biarkan begitu sampai rempah pecah minyak. Kalau rempah nampak terlalu kering tapi belum pecah minyak tu, masukkan sedikit lagi air.
11. Masukkan garam secukup rasa. Sedikit serbuk perasa kalau suka
12. Bila rempah dah pecah minyak dan ubi kentang serta ayam dah nampak empuk, masukkan santan dan air. Kacau supaya santan jangan berketul. Bila dah mendidih boleh lah angkat dari api.

Note :

1. Boleh juga masukkan sedikit kerisik kalau suka ke dalam rempah yang di tumis.
2. Kalau nak boleh juga masukkan buah tomato ke dalam kari tapi akan terasa masam sedikit kari tu.
3. Kalau tak ada santan, boleh tukar dengan susu cair atau air sahaja (kari tanpa santan tu) 
untuk keterangan lanjut mengenai kari ayam boleh lah click sini (dari dapur makcik kampung)

haaa bila kari sudah menjadi .. boleh lah di hidangkan bersama roti jala tadi ... :)


No comments:

Post a Comment

::Jutaan terima kasih ::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...