senyum sikit !!

TRY

Tuesday, April 17, 2012

ciri-ciri orang talam dua muka

Assalamualaikum ...

tajuk entry kali ni cam mendalam je kan maksud nya?? tajuk ni tak de kena mengena antara hidup dan mati ataupun org sekeliling ... cuma malam tadi bermimpi pasal org talam dua muka ni...


CIRI-CIRI :

1. Depan-depan senyap , belakang orang yang di kutuk tu , bukan main lagi dia jadi pengkritik TERHEBAT.

- apabila suruh berterus terang kat khaylak ramai tak nak ... tapi bila dah berdua ngan orang tu, mula lah dia kritik macam-macam .. kalah adlim aman ramli kritik

2. sentiasa tak berpuas hati dengan org yang dikutuk tu dan mengapi-apikan kepada orang lain.

-macam orang tu, lebih sikit tak boleh ada je nak cerita keburukan seseorang tu..

3. keras hati

- tidak mahu mengalah , dan anggap diri tu betul .. padahal dia yang membawa masalah kecil ke besar

4. suka melaga-laga kan orang

- sama je ciri-ciri no 1. bila khayalak ramai tak nak bercakap , pastu buruk2 kan org tu ngan si A , bila kawan tu da baran , mula si A dengan si B bergaduh .. bila dah berjumpa ramai2.. tak nak plak dia bercakap..padahal dia pon kutuk si A tu (ee benci tol ngan orang cam tu)

5. depan org tuh baik , belakang orang tu puiihhh.. bak kata zizan raja lawak.

- depan org yang dikutuk tu , baik je , pijak semut tak mati ... cakap dia baik lah kawan terbaik lah .. tapi di belakangnya ? dia suka bercerita buruk pasal org yg rapat tu ...

6. suka menambah-nambahkan cerita

- dah lah kutuk2 org tu kutuk org ni , pastu menambah2kan cerita,... adoyai ... susah2

7. si kaki putar belit

- bila dah kantoi , ade je putar belit... pastu dok salahkan org lain .... cermin lah diri tu

8. Asyik nak jaga tepi kain org je , dok kutuk sana sini..padahal dia bukan kenal sangat pon dengan orang tu...

-org yg tak kenal pon boleh jadi bahan cerita ....

apa pendapat korang tentang orang yang talam dua muka ni?? wahh mesti sakit ati kan ??? macam dalam mimpi aku aku pon aku sakit hati sampai sekarang .. apa salah nya berani kerana benar , kalo nak tegur kesilapan orang tuh , bukan jadi penyampai kepada penyampai . pastu jadi gaduh pulak .... bukan ke tidak elok berperangai begitu ... apabila kita tak suka seseorang dan pernah kutuk dia di belakang , adalah elok kita tegur akan kesilapan orang tu kan dengan cara baik?? luahkan semuanya jangan simpan walaupon satu..

wahhh macam pandai jea mawar BERceloteh ni ... hahaha... semua manusia ade wat kesilapan ... jangan kata manusia mesin photostat kat kedai gambar aku pon penah wat slah .. tapi tak de sapa pon salah kan dia .. kita tetap jugak guna kan dia, betul kan mesin tu supaya jadi elok. bukan kita buang dia kan?....

macam manusia jugak , kalau ade wat silap bukan tak tegur tapi sentiasa tegur kesilpan dia .. tapi ayat tu biar sopan dan kemas. bukan main redah ikot suka mulut tu nak bercakap , lagi org tuh naik angin ..... :D

jom kita makan kuih talam ni lagi sedap .. manis dapat melembutkan hati yg sedang membara tu... kita berhak bagi peluang kedua jika seseorang buat salah ... bukan buang orang tu, sesuka korang je...



org yang cerdik takkan membuka rahsia buruk dan menyampai-menyampaikan cerita.... kalo dah selesai masalah tu , dia tak kan ungkit lagi cerita tu....

aku pon nak nasihat kan diri aku sendiri supaya sentiasa berhati-hati bila bercakap... jangan percaya orang 100% bagi 30% yang baru kenal 50% pakwe/makwe 80% kawan yang betul memahami kita(depend pada diri masing2) 100% untuk family terutama mama...

sekian .....

p/s : bila orang tu mempunyai ciri-ciri diatas sila lah berhati-hati dengan dia ... :D bukan jangan kawan dengan dia,, kesian kat dia ..

No comments:

Post a Comment

::Jutaan terima kasih ::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...