
MEROKOK MEMBAWA PENYAKIT
Tembakau merupakan faktor risiko untuk sekurang-kurangnya 25 jenis penyakit
1.Kanser pundi kencing
2.Kanser perut
3.Kanser usus dan rahim
4.Kanser mulut
5.Kanser Esofagus
6.Kanser tekak
7.Kanser pankrias
8.Kanser payudara
9.Kanser paru-paru
10.Penyakit saluran pernafasan kronik
11.Strok
12.Kereputan tulang (osteoporosis)
13.Penyakit jantung
14.Kemandulan
15.Putus haid awal
16.Melahirkan bayi yang cacat
17.Keguguran bayi
18.Mati pucuk
19.Bronkitis
20.Batuk
21.Penyakit ulser peptik
22.Emfisima
23.Otot lemah
24.Penyakit gusi
25.Kerosakan mata

MEROKOK SECARA PASIF
Walaupun anda tidak merokok, anda masih boleh menyedut asap rokok daripada perokok. Ini dipanggil merokok secara pasif ('passive smoking').Berbanding dengan asap aliran ('mainstream smoke'), asap aliran sisi yang keluar dari puntung rokok ('mainstream smoke') mengandungi :2 kali lebih banyak nikotin 5 kali lebih banyak karbon monoksida 50 kali lebih banyak kimia yang menyebabkan barah 3 kali lebih banyak tar
KESAN-KESAN MEROKOK SECARA PASIF
Meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung Masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis Sakit atau pedih mata Bersin dan batuk-batuk Sakit kerongkong Sakit kepala
PEROKOK PASIF DAN RISIKO PENYAKIT
Dibandingkan dengan yang tidak terdedah dengan asap rokok pasif, perokok pasif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengidap pelbagai jenis penyakitPenyakit jantung - 30%Kanser - 25%
KESAN ASAP ROKOK PASIF KEPADA IBU HAMIL DAN JANIN YANG DIKANDUNG
Keguguran janin Tumbesaran janin terencat - 30% lebih tinggi Kematian janin dalam kandungan Pendarahan dari uri (abruption placenta)Kurang berat badan - 20 hingga 30%
KESAN ASAP ROKOK PASIF KEPADA BAYI
Masalah dan penyakit pernafasan Perkembangan kecerdasan otot terjejasJangkitan telinga Leukeamia Kanser otak 22% Lelah - meningkat simptom lelah Sindrom kematian secara mengejut
ramai dalam kalangan kita masih menghisap rokok , walaupon kerajaan telah letak gambar-gambar kesan merokok, dan menaikkan harga , malah ianya macam satu aktiviti wajip ..
ingat lah org yg tersayang , jangan di sebab kan anda perokok , org yg anda sayang pon terbabit .. sayangi lah diri anda.. amalkan gaya hidup yang sihat ...
done follow u :)
ReplyDelete